Tuesday, September 20, 2016

#Bucketlist 1 -Taking Scuba Diving License Part 3

HARI KEDUA (1st August 2016)


Pagi!

Eceh, bajet macam ada kat pulau dan terus update je, padehal dah dua bulan lepas aku buat lesen ni. Tapi siyes rindu..rindu nak scuba dive. Rindu nak berenang dengan ikan. Rindu nak tengok atas bila kita ada dalam air dalam, subhanaAllah cantik gila bila nampak biasan matahari membelahi air. eh! cam pelik ayat. Tapi semua paham kan. Berbalik kepada hari kedua aku buat lesen. Jap nak cek jurnal. Aku kan ada masalah short term memory jadi aku tulis la apa yang aku dah buat dalam sehari tu dalam jurnal. bukan diari tau, err yeke?

Okey, okey.. hari kedua ni lah first time and second time aku dive. Sesi pagi dan petang. Sesampainya aku kat dive centre pagi ni, aku diperkenalkan dengan Instructor Naim. Nama Naim kan, ingatkan Melayu, sekali Arab..aduhai..Bila dia datang dan greets in english, aku pon pandang kiri kanan, ingat nak mintak tukar ke instructor yang lebih mesra Malaysia haha, maap lah. aku bukan nak racist tapi walaupon aku bahasa omputih ni okey-okey tapi aku ada masalah pendengaran bahasa asing. Sebab tu la time MUET listening test paling rendah. Tapi..tapi..bila aku kalih kanan kiri, pastu tanya kat kaunter, diorang cakap TAKDE! tsktsktsk..sampai hati diorang buli kita.

Ni lah Instructor Naim nya. Amboi sengihh

Gasaklah. Last-last aku duduk kat meja yang ada Instructor Naim dan dua omputih. Sorang jejaka, sorang wanita. Yang wanita tu nama Gaelle, dia lah yang jadi buddy aku selama aku buat lesen. Yang jejaka tu, nama apa dah aku tak ingat la pulak, sebab dia ada dua hari je dengan kitorang. Dia belajar sekerat je sebab kena balik England rasanya. Si Gaelle tu French. Dia datang dengan pakwe dia, tapi pakwe dia ambik Advanced license. Awkward gila kitorang waktu tu..Arghh..tatau nak cakap apa. Pastu Instructor Naim pon briefing la kitorang nak buat apa pagi ni. First, belajar basic equipment, macam mana nak pasang semua benda. Nak pasang senang je, tapi aku selalu lupa step. Relaks Athe, ingat LPI left side body, regulator right side. Otak, cepatlah ingat semua.

Inilah Gaelle nya, dan tu boypren dia


Bila lagi boleh selfie ngan French people kan.

Okey, dah selesai pasang alatan, galas atas belakang, mak aihh berat nak mateyy. Ni macam angkat tong gas rumah aku je. Tapi tengok orang lain angkat okay je, jadi aku pon man up lah. Kemon Athe..benda simple je. Then, aku naiklah bot reramai dengan orang lain, pastu aku rasa waa, coolnya aku (ceh), naik bot dengan orang putiss hahaha. Orang tempatan duk tengok je pehal ada sorang pakai tudung muka melayu sesat dengan orang putis. Adohai Athe, ko memang pelik. Tapi aku buat-buat selamba jelah walaupon segan, sebab yelah nak sangat buat lesenkan. Rasain loh.

Pagi ni aku buat confined water dulu dengan Gaelle, mamat England dan cikgu Naim. Sebenarnya buddy aku Gaelle, tapi sebab cikgu Naim nampak aku ni lembab, bermasaalah dan etc. jadinya aku jadi buddy dengan cikgu. Gaelle dengan yang sorang lagi. First time dive, banyak masaalah aku hadap. Aku lambat nak biasakan diri dengan regulator (oxygen supply kat mulut), dan aku ni jenis kalut dan cepat nebes. Bila pernafasan tak betol, kita akan terapung pastu tenggelam, tak stabil la, jadi cikgu Naim terpaksa tambah weightage aku sampai 4kg (banyak tu, biasanya badan macam aku 2kg je). Loser gila rasa time tu sebab banyak kali aku signal kat cikgu suruh naik surface sebab ada masaalah. Macam-macam lah.

Teknik yang aku buat pagi ni:
-campak regulator pastu capai balik dengan tundukkan badan
-share regulator dengan buddy
-etc. (tak ingat dah..ngeh3)
-dive sehingga 11.2m.

Berhenti rehat. Aku lunch kat sebelah dive centre, kedai makan orang Melayu. Lepak la situ sambil baca buku teks Open water, aku kan bab membaca no.1, kalau suruh tengok video confirm tak paham semua.

Usung pegi memane buku ni

Kesian giler nampak lauk haha


Petang pulak, sambung aktiviti kat confined water. Kali ni kitorang buat
-buang air dari mask
-tanggal mask 30sec pastu pasang balik
-neutral buoyancy
-hovering
-tank off sampai habis nafas
-emergency ascent (buat horizontal)
-share regulator dengan buddy pastu ascent

Banyakkan nak kena belajar pastu praktis petang ni. Otak letih, badan pon letih. Shawl aku siap tercabut time praktis mask off. Yelah, gatal tamau beli cap dive alasan sebab nanti nampak tak lawa..nasib cikgu Naim kasi naik surface betolkan. dan nasib baik la ni baru kat air cetek. boleh lah nak naik lagi. Habis semua dah buat skill kat atas tu, kitorang pon boleh lah balik dah. Malam lepas dinner, sambung baca buku, dan tengok video. Pastu apa lagi wassalam untuk hari kedua. Zzzz.

Bukan rajin sgt nak membaca. Ni psl kena jwb kuiz kat paper tu.


..to be continue to #Bucketlist 1 -Taking Scuba Diving License Part 4


Yang letih ngatngat,
Athirah
Open water diver ;)

No comments: