Tuesday, September 20, 2016

#Bucketlist 1 -Taking Scuba Diving License Part 2

Hai.

Aku sebenarnya nak taip dalam english, tapi nanti lama la pulak proses nak menaipnya. Jadi, aku pon dengan berbesar hatinya taip la dalam bahasa ibunda gue. (Tau pon english ko teruk haha)

Sebenarnya aku nak namakan Solo trip aku ni Trip20henggetSebabnya aku gunakan simpanan RM20 aku tahun 2015 untuk buat pergi trip ni. Alhamdulillah, hasil kumpul RM20 setiap kali dapat berjaya jugak aku kumpul around RM1000 something2. Lupa plak exact numbers. Rasa nak nangis jugak lah tiap kali abam2 atau kakak2 cashier bagi balance rm20 sekeping tu kalau membeli barang. Tenkiu jugak kepada mama papa aku yang kasi sumbangan RM20 beberapa keping waktu diorang dapat duit tu. Itupon sebab kesian tengok aku tenung duit kat tangan diorang lelama. Haha..dasar kau The. Tapi aku berjaya mengajak mama aku join program kumpul RM20 hengget ni tahun ni. Aku tarik balik nama trip RM20 hengget ni sebabnya mudah je, camtakbesh pulak aku rasa.

Hai penyu! Nanti nak berenang dengan awak la kat dasar laut sana. tunggu kita!

Okey, duit dah cukup nak buat lesen, penginapan, pengangkutan semua dah book. Okey apa lagi, meh la pergi!


HARI PERTAMA (31st July 2016)

Time nak pergi tu aku malas nak tanya sape nak ikut pergi ke apa sebabnya ni cita-cita aku jadi aku malas lah nak menyusahkan siapa-siapa. Lagi satu, aku malas jugak nak pikir pasal orang lain time aku duk buat lesen ni nanti. Jadi better aku pergi sorang, lainlah kalau ada member2 yang memang minat nak buat benda ni. Setakat waktu tu takde, jadi aku redah je la buat sorang. Aku cakap la kat mak ayah aku, aku nak pergi sorang je, tak payah la nak teman-teman, dah besar, doploh tiga tahun dah. Nasib baik diorang bagi. Lagipon aku dah cakap yang aku dah ada extra protection untuk diri sendiri kat sana nanti. Selain ada teknik-teknik Taekwando (bluebelt jepon), aku bawakla jugak pepperspray dan pisau lipat. Ceh, ajet-ajet poyo pergi mengembara solo la ni. Tapi betol la solo trip ni. Aku ni kan still anak dara bergetah aww, walaupon tak lawa macam Priyanka Chopra tapi kita tak kawin lagi tau. haha.

So, pada suatu pagi yang mulia, cuaca enak-enak, angin sepoi-sepoi, aku dengan dua bagpacks (satu bagpack untuk wallet, satu lagi untuk pakaian) dan satu beg makanan, berkenderaankan kenari hitam usang ayahku bertolak la ke Jeti Kuala Besut. Dari rumah aku ke Jeti tak lama pon, dalam sejam..kalau aku speed lagi tu boleh sampai dalam lima belas menit je (tiputiputipu), kalau takde kenderaan lainlah atas jalan terutama abang-abang moto yang sebok je duk tengah jalan time aku nak speeding..bagus jugak sebenarnya diorang ada takde la aku dapat saman bawak laju.

Dah sampai aku cari la mana Mama's Chalet punya pejabat. Dah jumpa aku pass kunci kereta supaya diorang boleh tolong parking kan (bayar rm40 hengget youu untuk pat hari huls). Aku bayar la, takkan nak tinggal kenari ni tak dijaga..walaupon usang tapi aku sayang, sebab dia la kawan-kawan aku termasuk aku dapat makan tiap hari kat PDRM dulu. emo pulak! Dah sampai kat pejabat tadi, orang pejabat suruh tunggu ada satu rombongan cik kiah dari kota bharu tak sampai lagi. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai pong orangnya..adalah dalam tiga jam aku tunggu, habis 1/4 novel aku baca. Last-last aku naik bot dulu. Sekali naik bot dengan bos Mama's Chalet..orang panggil mama, aku pon ikut je la.

Mama nak balik rumah kat Perkampungan Nelayan, jadi turunkan dia dulu..baru hantar aku. Sekali aku nak turun dari boat ke jeti kecik (tak ingat nama apa jeti ni), driver boat tu tanya aku ni pekerja baru Mama's Chalet ke, aku pon geleng la. Rupa-rupanya satu boat tu ingat aku pekerja Mama's. haha..kalau betol pekerja takdelah aku membazir duit bayar rm70 naik bot untuk pergi balik. Aduhai. Sampai kat Mama's pon dah tengahari. Petang sikit baru lah ada bot Turtle Bay datang kutip aku bawak pergi ke Long Beach. Sebab dah petang jadi aku cuma boleh tengok video jelah.

Eh lupa plak nak cerita benda penting. Aku sebenarnya main book je nak buat kat Turtlebay dive centre ni. Aku ingatkan ada la orang melayu pergi kat sini, sekali aku jejak je kaki kat dive centre ni, aku pandang kiri kanan semua mat saleh. huls! Kat mano aku neh! Yang greet aku mat saleh, yang kat kaunter mat saleh, yang suruh isi borang pon mat saleh..ada mat melayu pon semua boatmen. Tapi nasib baik ada deme tu, walaupon diorang tu gaya ala-ala lanun tapi diorang la yang paham jiwa melayu aku ni sepanjang aku kat dive centre ni. Chinese pon ada jugak beberapa kat sini, tak sangka aku.

Scary giler first time aku masuk sini

Kat atas tu tempat aku tengok video

Lepas dah lemau tengok dua video, aku pon cakap la kat sis kat kaunter aku ngantuk. haa selamba je kan.. Aku pon cakaplah aku sambung esok lah. Diorang pon cakap hokay dan panggil boatman untuk hantar balik. Kat pulau pon aku nak diva, siap ada driver drive kan balik. Lepas dinner sambil tengok sunset sensorang kat Mama's Cafe tu (cantik oii), aku pon naik bilik dan berehat (bilik aku tingkat dua). Malam tu aku dengar-dengar macam sebelah bilik aku ada orang, macam orang Melayu..rasa lega dan selamat la sikit. Tapi pepperspray dan pisau tak lupa letak bawah bantal. Baca textbook open water dalam sejam pastu tutup lampu terus tidor sampai esok subuh.


Kesimpulannya, hari pertama buat lesen aku belajar teori dengan tengok video.

...........................to be continue to #Bucketlist 1 -Taking Scuba Diving License Part 3


Yang pelik,
Si Athirah
Open water diver (even baru belajar teori hari 1)

No comments: