Friday, September 23, 2016

#Bucketlist 1 -Taking Scuba Diving License Part 5

Hari keempat (3rd August 2016)

Kan aku mention sebelum ni aku rasa macam nak demam, pagi hari keempat ni aku still rasa kepala panas, tapi hidung tak tersumbat. Nasib baik..Pagi ni aku bangun dan bersiap dengan perasaan berkobar-kobar, yelah sebab ni hari last aku buat lesen. Tak sabar nak balik! Bukan aku tak suka duk pulau ni tapi aku tetiba rasa homesick lepas kena marah semalam. Dasar manja, biasalah.

Kalau boleh nak pakai baju patbelas lapis pagi ni. Sejuk ketaq!

Okey, back to buat lesen. Untuk hari terakhir ni tak banyak dah teknik yang aku kena belajar. Teknik-teknik simple je yang tinggal. Dive sesi pagi, aku kena terjun ke dalam air tanpa apa-apa alatan, then baru cikgu Naim hulurkan satu persatu alatan, first dia bagi BCD then baru weight belt. Dia dah ajar dah cemane nak pakai sebelum turun air. Takde lah susah, tapi kalau yang tak pandai floating kat air susah la sikit sebabnya sebelum cikgu hulur BCD tu, kita kena floating sendiri guna kaki dan tangan. Aku susah betol nak jumpa klip BCD yang kat atas dada, jadi lama la sikit aku pakai BCD ni..maaf ye kawan-kawan yang kena tunggu time tu. 

Lepas BCD dan weightbelt dah siap pakai, kena buat BWRAF dengan buddy (si Gaelle), pastu cikgu pon bagi isyarat Descent. Aku sebenarnya kenkadang keliru isyarat apa yang cikgu bagi terutamanya waktu dive..kalau takat isyarat Descent, Ascent, OK tu okey la..tapi isyarat yang tangan siap pusing2 tu, otak aku kena berfikir sejenak apa maksud isyarat tu. Otak, mohon hadam laju sikit nanti kang kena marah lagi. Takuts! Okey2, sambung. Lepas cikgu Naim bagi isyarat Descend, aku pon apa lagi semangat la descend ke bawah. Sekali descend punya descend, aku tengok sekeliling takde orang. Eh, mane cikgu dan Gaelle. Cikgu kata kalau tak nampak apa-apa kat bawah, ascend perlahan-lahan pastu cari tali. Nasib baik la aku still nampak tali. Aku ascend, sekali aku tengok rupa-rupanya cikgu tengah tunggu Gaelle sebab dia ada masalah equalize. Athe, Athe..sampai hati ko tinggal je buddy ko.. dasar jual ikan. Itulah, semangat sangat descend tadi. Lepas dari tu, terus aku take note supaya tak terlepas pandang buddy aku. Sorry dear french friend!


Kalau kat sini signal ni je lah gaya posing. Papelah

Lepas tu, kitorang pon teruskan dive ke tempat yang dalam. Sambil-sambil dive mestilah sambil tengok pemandangan sekeliling. SubhanaAllah cantik gila pemandangan kat bawah tu. Perasaan dia sama je macam snorkelling sebenarnya tapi kena darab dengan patplohpat la sebab ke-ohsem-an dive experience ni tahap lagi atas dari snorkel. Kalau snorkel, kita pandang bawah je kan, kalau scuba ni kita boleh pandang bawah, atas, kanan dan kiri. Pandang sekeliling best, tapi bagi aku paling best pandang atas, sebab aku suka tengok cahaya matahari dari dalam air. Senyum sensorang aku time dive tu. Cikgu Naim duk tunjuk2 pelbagai jenis ikan kat aku dan Gaelle, tapi aku lagi syiok tengok ikan yang berenang2 kat sekeliling dan kat atas aku. Cantiknya diorang ni. Tapi aku take note la jugak apa yang dia tunjuk. Banyak ikan buntal kat dive site pagi ni. Ada penyu, tapi still remaja penyu. Tau-tau je.

Pastu kitorang ada pause jap kat bottom untuk praktis mask off dan hovering. then kitorang continue dive sebelum cikgu signal Ascend diikuti safety stop 5meter dari permukaan air selama tiga minit. Safety stop ni penting supaya diver tak kena decompression sickness. Untuk hari ni, kitorang dah pakai siap2 dive computer kat tangan untuk tengok meter kedalaman dan duration dive. Dive computer ni pon penting kalau untuk Ascend, kalau diver ascend laju sangat, dia akan bunyi tet tet.. Okey, bila aku tengok aku dah 5meter dari permukaan air, aku pon tunggu la dive computer count tiga minit tu. Then boleh terus ascend sampai permukaan dan inflate BCD fully (untuk terapung). Alhamdulillah semuanya okey dive kali ni.

Sesi pagi dah habis. Sesi petang plak. Lepas lunch, aku buat exam bertulis. Tak susah pong, tapi ada la yang keliru satu dua. Cikgu datang tanda, dan cakap aku PASS. okey, bereh..Gaelle pon lepas gak. Okey cun. Petang tu cikgu Naim brief pasal dive terakhir kitorang. Tsk3, sedihnya..dah terakhir. Tapi tak sabar nak balik jugak. Ombak petang tu boleh tahan tinggi gak la. Aku dah la pening-pening lalat, kepala still rasa suam-suam suku, pastu ombak pulak tinggi..seasickness aku pon datang.. Cikgu Naim pon suruh la kitorang turun cecepat takut aku termuntah, susah pulak dia kena bersihkan bot. hakalah cikgu..sampai hati. Kitorang buat backseated roll lagi untuk entry dari bot. Bestnyalah! Kali ni siap dah pakai BCD dan weight belt sebelum turun. Dive computer pakai kat sebelah kanan tangan, kompas pulak pakai kat sebelah kiri tangan. Pakai kompas ni sebab ada latihan guna kompas lepas ni dalam air. Lepas BWRAF dengan Gaelle, cikgu bagi signal descend dan kitorang pon sama2 turun ke dalam air. Rasa dah pro-diver waktu ni sebabnya semua berjalan lancar. Takde masalah pon equalize.

Briefing sebelum pergi menyelam. Time ni aku kena marah lagi sebab tak fokus.
Seh..
Backseated roll entry. Tangan sebelah pegang mask dan
regulator. Sebelah lagi letak la ikut suka.
Duduk kat hujung bot. Pastu pe lagi tergolekkan je lah
badan ke blkg

Tunggu sampai terapung balik pastu buat Signal OK
cemni kat boatman

Kitorang pon dive sekitar shipwreck. Kali ni aku rasa syiok giler berenang dengan ikan-ikan. Siap berenang kat tengah-tengah diorang tengah segerombolan bergerak. Mesti ikan-ikan tu pikir dugong mane lah sesat kat tempat dia waktu tu. hahaha. Pastu kitorang pause kat satu tempat lapang dan praktis guna kompas. tak susah sangat pon. kena ingat teknik yang cikgu ajar je. lepas tu sambung dive lagi, then cikgu pon ajar la teknik-teknik main2 dalam air. contohnya guling badan dalam air, cemane nak buat ring bubble, dan sebagainya. cikgu mesti kagum tengok aku boleh pusing-pusing dalam air kan waktu dive (perasan sendiri). Sebenarnya waktu swimming kat kolam renang, aku memang suka berenang ketempat air dalam dan pandang atas..tapi waktu swimming mana boleh pandang atas lama sebabnya nafas tak cukup pastu nanti air masuk dalam hidung. Tak syiok. Jadi bila dive ni aku ambik kesempatan la pandang atas lelama, pastu rolling2 sambil tengok sekeliling. Bestnya! Nampak tak buat lesen ni memang untuk main-main. Adohai.

Pusing-pusing kawasan shipwreck tu adalah dalam 50 minit..lamakan..tapi macam sekejap je kalau dive. Tak banyak sangat ikan unik-unik kat sini, coral reef pon tarak..banyak main-main je, praktis teknik-teknik yang boleh. Pastu cikgu pon isyarat Ascend dan Safety stop. Kitorang pon naik ke permukaan dan bila dah habis, aku dan Gaelle punyalah semangat cakap bestlah benda ni, bla3.. see kitorang dah tak awkward dah. Dah habis dive, aku kena hulurkan BCD dan weightbelt sebelum naik bot. Aku lupa nak mention, stail dive centre ni, kalau nak naik bot kena lompat naik sendiri, takde tangga macam buat snorkelling dulu. Aku tengok orang lain buat macam senang je, sekali aku nak lompat naik tak ternaik-naik. cikgu Naim dan Gaelle punyalah cakap 'you can do it', 'you just have to push your hand like this' (sambil tunjuk gaya), 'it's simple'..tapi tak boleh jugak. First hingga third time aku dive, aku lompat pastu golek-golekkan je badan aku untuk naik bot, segan la jugak tapi lantaklah asal boleh naik atas bot. Tapi untuk last dive aku petang tu, aku berjaya lompat naik tanpa perlu golek-golek..yuhuu!! Athe berjaya! Hahahaa. sebenarnya mat-mat saleh atas bot tu yang tolong beratkan sikit bot sebelah yang aku nak naik supaya senang aku nak lompat. Thank you guys!

Tammat last dive petang ni.
Okay, dah selesai dive untuk trip kali ni. Lega. Cikgu pon cakap aku lulus. Yipeee!! Gumbira gumbira gumbira! Lepas tangkap2 gambar dengan Gaelle dan cikgu Naim, dan pergi bayar dive fees kat kaunter, aku pon say bye-bye kat semua orang dan cakap thankyou sebab sudi terima saya yang lembab dan bermasalah kat dive centre tu. Orang kaunter happy sebab aku bayar dengan rm20 banyak2, dia cakap susah nak dapat duit kecik kat pulau.

Buddy sepanjang pat hari. Merci beaucoup Gaelle!
Boatman pon nak masuk gambar. Yelah bang, masuklah..
Ni aku paksa dia balik rumah ambik baju pastu sarung pakai.
Kalau tak ishk3 (geleng pale)
Cikgu Naim dgn sorang anak murid pintar dan sorang lagi
anak murid yang kalau tak menyusahkan dia sehari
memang tak sah! Aku letuw seh!

Sebabnya dah petang sangat waktu aku habis dive dan say bye2, jadinya aku kena balik rumah esok paginya. Bot last dah pergi pukul 4 petang tu. Takpe..one more night, dan aku boleh balik! Yipee.

Byebye awak2 semua. 
Last dinner kat Mama's restaurant. Cheat day ni. 

Next aku cakap pasal perbelanjaan aku pulak sepanjang solo trip ni.


till next time, bye-bye.

Yang lega sebab lulus,
Athirah
Open water diver (yes!)

No comments: