Sunday, March 3, 2013

pesta thai di kelantan

im having a lil hard time typing in the dark because my keyboard doesnt afford lights embedded to it. but it's okay,I just feel of writing tonight.

+++++++++-------++++++++++---------------++++++++

hari ini aku nak bercerita mengenai satu pesta yang diadakan di negeri kelantan. tak pernah nak promote kelantan sebelum ni,sebenarnya kelantan banyak je tempat yang menarik selain pasar siti khatijah dan wakaf che yeh. kena rajin la google kalau nak tau sebab aku pon tak habis jelajah lagi. kehkehkeh.

okay,hmm pesta Thai ni sebenarnya bukan sahaja diadakan di negeri kelantan,tapi kat negeri lain pon ada la jugak.negeri apa? aku pon lupa,adik aku ada je cakap haritu. tapi takpelah,baik aku cerita apa yang berlaku kat pesta kat sini.

sebenarnya pesta thai  ni ada je tahun lepas depa reramai duk habaq,tatau betui ke idak. aiseh,slanga apa dia ni. lantak. tapi yang pasti yang tahun ni punya aku pergi. bosan duk kat rumah,adik beradik aku ajak la keluar gi pesta. boleh pi usha apa yang ada kat situ.aku pon setuju angguk kepala,ingatkan kakak aku yang nak drive,last-last tolak kat aku jugak. kijam punya kakak!

mak aku cakap la,pesta tu kat stadium.aku dengan yakinnya tekan minyak,pulas kanan kiri kanan kiri stereng kereta,corner reverse masuk parking.lepas tu semua turun kereta tengok aih,mana pestanya. rupa-rupanya mak aku salah kasi info,pesta tu ada kat padang muhammadi la..aih,rasa nak sekeh je pale orang yang salah kasi info,tapi yang bagitau info salah tu mak aku sendiri.jadi,haramlah disisi kelogikannya kalau aku tetiba gi sekeh pale dia. banyak pulak aku mengarut.

kalau tak silap aku pesta Thai ni berlangsung dari 28/2 hingga 3/3 2013 bertempat di padang Muhammadi. ala.dekat dengan pintu gerbang besau-besau yang selalu ada kat tourist punya pamplet tu.

aku tak reti la nak cerita macam mana flow pesta tu,jadi aku letak je la gambar-gambar ye. kalau yuna kata setiap gambar ada lagu,aku kata setiap gambar ada cerita dia sendiri. kiranya tak cerita guna ayat, korang faham-fahamkan sendiri la dengan tengok gambar.

enjoy the show!









ohahaha.

pembetulan: pesta ni berlangsung dari 25-3/3/2013.


kesimpulannya,pesta ni kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai makanan Thai dan sikit-sikit makanan kelantan dan lain-lain. barang lain,hmm ada la jugak tapi yang pasti fokus mata aku kat makanan je lebih.

the pictures are taken by my kakak. thank you sis.

okay,itu je.


love;
senoritakiwirara
you are what you eat,dearie!

No comments: