Friday, May 4, 2012

vintage photos.

ahaks!

tajuk entri tak boleh blah kan. hehe.

oo,tadi aku google walking. pastu join google+. pastu kan aku nak isi la gambar profil aku lepas tu dia bagi pilihan lah nak guna gambar mana,pastu aku tengok ada gambar aku waktu muda-muda dulu lah. aiseh,sekarang pon muda,tapi yang ni gambar waktu aku lagi muda.

rasa WOW sekejap. ingatkan gambar-gambar itu semua sudah hilang bila PC rumah aku masuk virus dulu. aku lupa aku masukkan sikit dalam Rara's Diary (personal blog aku dulu). nganga aku tadi. huahak!


meh nak share dengan kau pulak DSS. semua-semua gambar ni waktu aku form 3 tau. waktu muka suci tanpa jerawat satu pon di muka. ahaks sekali lagi! oh,dan kebanyakan gambar ni waktu aku amek result PMR. baru aku teringat,waktu aku amek result PMR dan SPM aku pakai jubah seluar lah. hehe. athe ni tak berubah.

pergi amek transkrip nanti pakai macam tu lagi ke? tak payah susah-susah. jeans plus t-shirt sudah. ataupon suruh tiqah amek je boleh tak. jauh tu..nun di Puncak!

okey,okey harini bukan nak mengarut sangat. nak share gambar lama je. sedih sikit sebab tak boleh nak selamatkan gambar yang lain.. ini semua sebab worms and trojans sekalian yang kijam. taksukavirus.

here we go....

first one. aku dan Nija(my bestie)

aku dan Yen. Yen ni masuk asasi sekali dengan aku. dia asasi enjin. kira reunion  jugaklah kitorang kat Puncak haritu.

Farah*** dan aku. hehe.aku lupa nama panjang dia. sory friend. no touching. dia ni aku tak tahu kat mana sekarang. hmm..

rasanya ni gambar terakhir kitorang bersama. hari amek result PMR. dari kiri Nija,Farah,Salihah dan entah lah sape budak kat hujung tuh. XD

Farah dan aku. ini gambar bajet. XD

ini je gambar dalam lab yang terselamat. waaa..sob,sob,sob. yang lain dah takde.
mr skull ni je yang setia. XD

dari kanan: athe yang serabai,Adilah dan Farah-kot. sory kawan.

gambar manja I dengan Nija. senyum sikit kawan.;p

gambar manja kitorang lagi. ahaks! 
hehe. dulu I paling tinggi tau kategori pompuan.aww. okey,second tinggi kot. ada sorang lagi yang tinggi sikit daripada aku. sama jugak macam lepas aku pindah sekolah. aku pon second tinggi jugak selepas FN. kira kitorang yang tinggi ni selalu dapat duduk centre kalau amek gambar kelas. best tu!


itu je. papai DSS.


nak buat kerja sekolah. heee.

3 comments:

Ammar Rosli said...

zaman muda2 :D

Intan Shera said...

pretty athe ! :D

XX said...

intan nak KFC ye,bodek-bodek org ni..
hee.:D