ohlala.
dah lama tak update DSS. DSS merajuk ke. jangan lah ye,nanti tak comel macam biasa.hee.
okey,right now aku tengah bersila atas lantai bilik menghadap my katil. #gembiratakterkata.
dah dua minggu aku kat rumah.sekali lagi #gembiratakterkata.ohyeah!
CUT!!
break pasal current issue. mai nak cerita pasal saat-saat terkhir aku kat puncak.
jumaat (23/3)
pagi-pagi lagi aku kena bangun,mandi dan bersiap untuk last and very last paper bagi final exam kitorang iaitu paper CTU. okeyy,paper tu agak susah bagi aku,tapi aku main tulis je apa yang ada dalam mind aku waktu tu. hee.sebenarnya dah takde mood nak buat. biasalah,last paper.
okey,lepas exam,kitorang lepak kat rooftop FSK,tangkap2 gambar dan balik.dan dan bila balik tu,rupa-rupanya R3 takde air. memang azablah sekejap. jadik,aku dan rakan-rakan yang lain pon berhijrah ke rumah kawan Sanah untuk mandi dan ambik wudhuk. lepas je,solat,aku pon terus jalankan ops kemas barang. punya lah banyak barang aku. #rugitaktangkapgambar.
lepas kemas semua barang,kena buat satu kerja sadis pulak iaitu angkut barang dari tingkat 6 ke lobi. aku kol mama,mama cakap dia dah kat Meru. jadi aku pon cepat-cepat lah angkut baranag sorang-sorang turun lif. turun lif ni senang je,tapi dah kalau trafik jam kat lif tu,kerja senang pon jadik payah. ada la dua tiga kali aku naik turun lif untuk angkut barang. dah tak larat sangat,aku tahan lif guna beg. aku angkut semua barang aku masuk dalam lif baru aku turun. selesai satu masalah.
seusai aku selesai angkut barang(eceh,seusai tu macam poyo je),mama,papa dan alip pon dah sampai. kira time tu aku buli alip la pulak angkut barang dari lobi ke kereta.selesai#
malam tu pulak,kelas kitorang iaitu D2 yang terulung buat makan-makan kat Raff. banyak jugak yang kitorang makan. Kenny's,kek choc indulgence Secret Recipe,some junkfood,cumi dan air gas yang banyak-banyak. first time aku makan Kenny's untuk jamuan. yelah,Kenny's kan agak mahal. thanks to Nad,our vice class rep sebab banyak belanja kitorang. dan lepas makan,main tangkap-tangkap gambar.
secara totalnya,harini adalah hari terakhir aku menjalani kehidupan sebagai pelajar asasi sains puncak alam. rasa macam tak caya pulak,tapi itulah realiti.
sabtu(24/3)
hari outing sedunia.
aku,sanah,sarah,mira dan sara berlima yang join outing kali terakhir kitorang ni. yang lain dah lama angkat beg balik rumah. azira pulak keluar dating. hee.kitorang gerak pukul 11 pagi macam tu dan turun melalui tangga maut menuju ke parking lot berbatu. aku pon tak eprnah kenal mana parking lot berbatu tapi ah abang kereta cakap kereta kitorang kat situ,terpaksa lah cari. rupa-rupanya jauh jugak termpat nya.
sampai je kat sana,aku dan sanah carik kereta kancil yang berplat *******. carik punya carik,mana lah kereta tu nyorok,last sekali aku ternampak kereta kancil tiga kaler depan aku dengan plat yang kitorang tengah carik.#akunganga dengan hati cakap OMG. this car?? ohmy..kereta kancil tu err,agak usang . mula-mula aku masuk dah rasa panas.dan kecil. yelah,dah lama tak naik kancil,biasa naik kenari dengan exora plus viva je. redah je la.
takpelah,kereta buruk takpe asal tak meragam. waktu kitorang nak isi minyak baru tahu tempat nak isi minyak tu taley otomatik terbuka. kiranya kalau kita tarik picu bawah kerusi tu,takde gunalah.last-last nak isi minyak tu,kitorang terpaksa cungkil . #inikessadisyangpertama.segan mak aih,.
okey.the journey begin.waktu pergi ni aku jadi driver. jadik,aku pon ikut lah jalan yang aku guna dulu untuk ke sunway. lalalala. tiba-tiba pulak,aduyaiiiii aku lupa nak belok satu jalan ni dan akhirnya kitorang sesat. dah la tak tahu tu kat mana. redah jelah. minyak pon okey lagi. redah punya redah,last sekali kitorang nampak Mid-city. maknanya kitorang dekat dengan Midvalley lah kan. tanpa pikir panjang,aku terus masuk jalan ke Mid-city tu dan terus carik parking. bye-bye Sunway!
waktu kunci kereta pulak,aku terlupa satu benda dalam kereta,jadik aku try la nak bukak pintu kereta.tapi apesal aku pusing kunci tu tapi tak leh bukak. pintu sebelah penumpang pon tak leh. last-last kitorang terpaksa bukak kereta melalui bonet. #inisadisyangkedua.
jalan-jalan carik makan.jalan-jalan tengok wayang. jalan-jalan dan jalan.
letihnya diriku. waktu balik,rosma incharge jadik driver. rosma drive besttt. haha. destinasi berikutnya adalah I-city. kitorang takde klu langsung jalan nak balik macam mana. kira masuk KL ni main redah jelah. last-last sampai I-city. syukur. jalan kat situ bukan susah pon. nak balik puncak,paling senang carik je signboard shah alam. dari shah alam balik la ke puncak alam.
lepas dah letih ronda satu i-city,kitorang pun balik dengan keletihan. waktu otw balik puncak,tak silap aku waktu tu kitorang kat Meru,aku dan rosma terbau-bau asap. memang kuat lah bau tu. aku mula-mula ingat ada orang tengah bakar sampah(ingat kau tu kat rumah ke,cik athe oy). tapi waktu kitorang berhenti kat satu stesen minyak ni,baru kitorang perasan bau tu datang dari kereta kiut kitorang. aku tengok wap keluar dari bumper depan. #inisadisketiga. kitorang tak tahu nak buat apa. nak berehatkan kereta,tapi ni dah larut malam,kitorang pulak anak dara yang cumel-cumel. bahaya-bahaya. jadik,kitorang buat keputusan redah jelah dengan enjin yang panas-panas tu.
alih-alih tengah risau pasal enjin,kitorang pon dah nak sampai kat U kitorang. enjin pon dah sejuk sikit. sikit je tau.syukur alhamdulillah. akhirnya,kitorang selamat sampai kat U. ada lagi benda yang berlaku tapi letih ar typing. kesimpulannya,lepas balik tu aku tidur mati.
ahad(25/3)
final day at puncak. barang aku dah takde. kiranya harini aku tengok member2 aku kemas barang pulak. satu-satuu balik kampung dulu, Mira,Sanah,Azira..last sekali tinggal aku dengan sarah je. kitorang dua naik bas balik. letih la nak typing,senang cerita malam tu aku naik bas balik kelantan. ada budak hensem naik bas sekali dengan aku,tapi apa aku kesah. yang penting,naik bas,aku terus lelap sampai lah kat Kok lanas. aku pergi kat driver dan tunggu kat situ.sebab rumah aku tepi jalan,kira senang jelah turun je tepi jalan,terus sampai di rumahku. homesweethome.
itu jelah kisah nya. panjang kan. letih aku taip DSS. nanti aku cerita pasal planning aku kat rumah untuk 6 bulan ni. gotta go DSS. jumpa lagi.
4 comments:
selamat bercuti :)
haha. jangan jeloss. XD. best nasi kerabu. nyam.nyam
haha x envy pn.. kalau masih blajar bleh cari ilmu lbih skit :)..kalau duk dkt rumah..malas yg lebih
o_o... btol tu.
tapi ilmu kan kat mne2 je ade,duk rumah pon dpt ilmu juge.
world is only at fingertips with internet. heh,heh. =P
Post a Comment